1. Tidak Membandingkan Kadar Faedah
Antara kesilapan paling biasa ialah terus memilih pinjaman pertama yang ditawarkan tanpa membandingkan kadar faedah. Setiap bank atau institusi kewangan menawarkan kadar keuntungan yang berbeza, bergantung kepada profil kredit pemohon.
Beza 1-2% dalam kadar faedah mungkin nampak kecil, tetapi boleh mencecah ribuan ringgit jika dikira untuk pinjaman jangka panjang.
Cara untuk elak kesilapan ini ialah dengan membandingkan sekurang-kurangnya tiga hingga lima tawaran pinjaman, menyemak bukan hanya kadar faedah tetapi juga yuran tersembunyi, serta menggunakan kalkulator pinjaman untuk mengira ansuran bulanan.
2. Tidak Semak Laporan Kredit (CCRIS/CTOS)
Ramai orang memohon pinjaman peribadi tanpa menyemak laporan kredit mereka sendiri. CCRIS dan CTOS menjejaki sejarah kredit anda, termasuk pembayaran balik pinjaman yang lalu. Jika terdapat sebarang pembayaran tertunggak atau akaun tertunggak, permohonan pinjaman anda berkemungkinan besar akan ditolak.
Jangan lupa mendapatkan laporan CCRIS atau CTOS sebelum memohon, memastikan tiada tunggakan atau akaun tertunggak, dan menyelesaikan hutang kecil dahulu untuk membersihkan rekod.
3. Meminjam Tanpa Tujuan Jelas
Ramai orang memohon pinjaman peribadi tanpa sebab yang kukuh, sekadar mahu “duit lebih” untuk berbelanja atau memenuhi keinginan jangka pendek. Sikap ini mudah membawa kepada hutang tidak terkawal kerana tiada perancangan bagaimana wang itu akan digunakan atau dibayar balik.
Elakkan meminjam semata-mata untuk gaya hidup mewah seperti membeli barangan mahal atau melancong, kerana ia boleh membebankan kewangan anda di masa depan.
4. Tidak Kira Kemampuan Bayaran Bulanan
Ramai memohon jumlah pinjaman yang tinggi kerana terpengaruh dengan iklan seperti “lulus tinggi” atau tawaran jumlah pembiayaan maksimum. Namun, mereka sering terlupa untuk mengira sama ada mampu membayar ansuran bulanan tanpa menjejaskan kewangan harian.
Sikap ini boleh menyebabkan tekanan kewangan apabila bayaran bulanan terlalu tinggi berbanding pendapatan. Cara mengelakkannya ialah dengan menggunakan formula Debt Service Ratio (DSR) untuk menilai kemampuan kewangan, iaitu memastikan jumlah ansuran hutang tidak melebihi 40 hingga 50 peratus daripada pendapatan bersih.
5. Terpedaya Dengan Tawaran “Lulus 100%”
Hati-hati dengan iklan “lulus 100% tanpa dokumen,” kerana ini sering menjadi taktik sindiket penipuan. Scammer akan meminta bayaran pendahuluan tetapi akhirnya hilang begitu sahaja.
Ia penting untuk menyemak institusi kewangan dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan Bank Negara Malaysia, tidak membayar apa-apa yuran sebelum pinjaman diluluskan, dan hanya berurusan dengan institusi berlesen.
6. Tidak Faham Caj Tersembunyi
Selain kadar faedah, ramai pemohon tidak membaca terma dan syarat yang mengandungi caj tersembunyi seperti yuran pemprosesan, yuran penamatan awal, atau caj lewat bayar. Elakkan situasi ini dengan membaca dokumen pinjaman hingga habis serta bertanya secara jelas semua caj sebelum menandatangani dokumen.
Pinjaman Peribadi Perlu Dirancang
Pinjaman peribadi bukan wang percuma. Setiap sen yang dipinjam mesti dibayar semula bersama faedah. Elak membuat keputusan terburu-buru kerana silap langkah boleh menjejaskan kedudukan kewangan dan rekod kredit anda.
Jika anda sedang mempertimbangkan pinjaman peribadi, pastikan anda membuat semakan dan perbandingan terlebih dahulu supaya tidak terbeban di kemudian hari.
OSK Syariah Capital komited untuk membantu anda merancang kewangan anda dengan bijak dengan menawarkan pembiayaan yang telus, berdaya saing dan patuh Syariah yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet anda. Dapatkan panduan yang betul sebelum membuat sebarang keputusan kewangan utama.
Soalan Lazim
1. Bolehkah saya mohon pinjaman jika ada tunggakan hutang?
Sukar. Anda digalakkan menyelesaikan tunggakan dahulu sebelum membuat permohonan baharu.
2. Berapa lama proses kelulusan pinjaman peribadi?
Antara 24 jam hingga 7 hari bekerja bergantung kepada bank dan dokumen lengkap.
3. Adakah semua bank mengenakan caj penamatan awal?
Tidak. Ada bank mengenakan penalti jika anda mahu membayar habis lebih awal. Semak terma sebelum tandatangan.