Pemahaman kelayakan pinjaman peribadi dan cara bank menilai permohonan adalah penting bagi sesiapa yang ingin memohon pembiayaan kewangan. Salah satu faktor utama yang dinilai oleh institusi kewangan ialah Debt Service Ratio (DSR) atau Nisbah Khidmat Hutang.
Faktor Utama Kelayakan Pinjaman
Selain DSR, institusi kewangan di Malaysia akan menilai beberapa aspek penting lain dalam profil kewangan pemohon:
- Rekod CCRIS (Central Credit Reference Information System): Bank akan menyemak rekod CCRIS untuk melihat sejarah pembayaran hutang anda, termasuk sebarang tunggakan atau kelewatan pembayaran. Rekod ini juga menunjukkan jika anda disenarai hitam.
- Rekod CTOS (Credit Reporting Agency): CTOS memberikan maklumat mengenai laporan syarikat terhadap anda berkaitan pembayaran hutang atau bil yang tidak dijelaskan, seperti daripada syarikat telekomunikasi atau penyedia bayaran ansuran.
- Skor Kredit: Sistem pemarkahan ini mencerminkan kesihatan kewangan anda berdasarkan sejarah kredit. Skor kredit yang baik, seperti 697 ke atas (mengikut kiraan CTOS), menunjukkan disiplin kewangan yang kukuh.
- Status Pekerjaan: Kestabilan pekerjaan adalah penting. Bank akan meneliti sektor pekerjaan anda dan tempoh anda bekerja untuk memastikan anda mempunyai sumber pendapatan yang stabil untuk membayar balik pinjaman.
- Simpanan: Memiliki simpanan, termasuk deposit tetap, dana, atau bon, menunjukkan kewangan yang kukuh dan dianggap mengurangkan risiko kepada pihak bank.
Apa Itu Debt Service Ratio (DSR)?
DSR, atau Nisbah Khidmat Hutang, ialah nisbah hutang bulanan anda berbanding pendapatan bersih bulanan anda. Ia mengukur berapa peratus daripada gaji bersih anda yang digunakan untuk membayar komitmen kewangan sedia ada seperti pinjaman PTPTN, hutang kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman rumah, dan pinjaman peribadi.
Nilai DSR yang tinggi menunjukkan sebahagian besar gaji anda sudah diperuntukkan untuk pembayaran hutang, menjadikan sukar untuk mendapatkan pinjaman baharu, dan bank mungkin menganggap anda sebagai peminjam berisiko tinggi.
Formula dan Cara Mengira DSR
Pengiraan DSR adalah proses yang mudah dan penting untuk dilakukan sebelum memohon sebarang pinjaman. Formula asasnya adalah seperti berikut:
DSR = (Komitmen Bulanan ÷ Pendapatan Bersih) x 100%
- Komitmen Bulanan: Ini merujuk kepada semua hutang yang tercatat dalam rekod CCRIS anda, seperti pinjaman PTPTN, hutang kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman ASB, dan pinjaman peribadi.
- Pendapatan Bersih: Ini adalah gaji bulanan anda selepas semua potongan wajib dibuat, termasuk KWSP, SOCSO, dan cukai pendapatan.
Contoh Pengiraan DSR:
1. Contoh A (DSR Rendah):
- Pendapatan Bersih Sebulan: RM3,000
- Jumlah Komitmen Bulanan: RM950 (Pinjaman Kereta RM500 + PTPTN RM150 + Pinjaman Peribadi RM200 + Hutang Kad Kredit RM100)
- DSR = (RM950 ÷ RM3,000) x 100% = 31.16%.
Nilai DSR ini dianggap baik dan berkemungkinan tinggi permohonan pinjaman akan diluluskan.
2. Contoh B (DSR Tinggi):
- Pendapatan Bersih Sebulan: RM5,000
- Jumlah Komitmen Bulanan: RM5,000
: RM3,750 - Jumlah Komitmen Bulanan: RM3,750 (Pinjaman Kereta RM650 + PTPTN RM400 + Pinjaman Rumah RM1,300 + Pinjaman Peribadi RM900 + Hutang Kad Kredit RM500)
- DSR = (RM3,750 ÷ RM5,000) x 100% = 75%
Nilai DSR ini dianggap tinggi dan kebarangkalian permohonan pinjaman diluluskan adalah rendah.
Apabila mengira DSR untuk pinjaman perumahan, ansuran bulanan pinjaman rumah yang baharu perlu dimasukkan ke dalam jumlah komitmen bulanan semasa anda.
Cara Memperbaiki Nilai DSR
Meskipun DSR anda tinggi, masih ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk memperbaikinya:
- Kurangkan Jumlah Hutang: Langsaikan hutang sedia ada secepat mungkin. Teknik seperti Snowball (membayar hutang dengan jumlah terkecil dahulu) atau Avalanche (membayar hutang dengan kadar faedah tertinggi dahulu) boleh membantu.
- Pastikan Sejarah Kredit yang Baik: Elakkan tunggakan pembayaran kerana ia akan menjejaskan rekod CCRIS dan CTOS anda. Jika tiada sejarah kredit, bina satu (contohnya dengan memohon kad kredit) kerana rekod kredit yang lemah boleh menjejaskan permohonan pinjaman.
- Buktikan Simpanan yang Kukuh: Pihak bank cenderung meluluskan permohonan peminjam yang mempunyai simpanan kukuh (seperti deposit tetap, bon, atau dana) kerana ini menunjukkan kestabilan kewangan.
- Buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation): Teknik ini menggabungkan pelbagai hutang sedia ada ke dalam satu pinjaman baharu. Ini selalunya akan mengurangkan ansuran bulanan anda, seterusnya mengurangkan jumlah komitmen bulanan dan memperbaiki nilai DSR anda.
Tingkatkan Peluang Kelayakan Anda dengan Pembiayaan Patuh Syariah yang Terancang
Jika anda mencari pembiayaan peribadi patuh Syariah yang fleksibel dan mesra pengguna, OSK Syariah Capital sedia membantu. Kami menawarkan:
- Pembiayaan 100% patuh Syariah
- Kadar keuntungan tetap dan telus
- Proses permohonan yang mudah dan pantas
- Tiada bayaran pendahuluan
Mohon hari ini dan dapatkan pembiayaan yang selari dengan keperluan serta nilai kewangan anda. Biarkan kami bantu anda mencapai kestabilan kewangan dengan lebih yakin.